Selamat Datang ke Koperasi Staff CIDB Malaysia

Matlamat penubuhan Koperasi Staff CIDB (KOCIDB) adalah meningkatkan kepentingan ekonomi anggotanya mengikut prinsip koperasi serta memenuhi keperluan dan aspirasi bersama untuk meningkatkan taraf sosioekonomi anggota berteraskan kepada prinsip dan nilai-nilai koperasi.

Perkhidmatan Utama Kami

Ar-Rahnu

KoCIDB dibawah sistem francais Rakyat Management Services Sdn Bhd bertempat di Platinum Walk, Danau Kota Setapak. Pada Januari 2017, cawangan ke-2 Ar-Rahnu X’Change KoCIDB telah mula beroperasi di Pusat Perniagaan Adenium, Bukit Beruntung, Selangor.

Hartanah

KoCIDB Mempunyai lebih 14 hartanah yang terdiri daripada beberapa unit pangsapuri, rumah kedai dan pejabat yang telah disewa sepenuhnya. KoCIDB akan menambah beberapa aset lagi bagi meningkatkan lagi pendapatan dalam porfolio hartanah.

Pembekalan

Pembekalan merupakan aktiviti yang merangkumi perkhidmatan katering pejabat, insuran, perkhidmatan pencucian, pembekalan barangan pejabat, peralatan binaan, peralatan ICT, software, dan lain-lain.

KoCIDB merupakan 100 Koperasi Terbaik Malaysia!!

Sesebuah koperasi ditakrifkan sebagai Koperasi Terbaik di Malaysia apabila koperasi berkenaan mencapai tahap prestasi kewangan (perolehan, aset dan ekuiti), perniagaan, pengurusan dan pematuhan perundangan yang memuaskan mengikut piawaian (standard) yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan diselaraskan dengan kriteria yang digunapakai oleh International Co-operative Alliance (ICA).

Kedudukan KOCIDB bagi 3 Tahun (100 Koperasi Terbaik)

78

2021

92

2022

66

2023

PENGHARGAAN

Anggota Lembaga Koperasi merakam penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Ketua Eksekutif CIDB, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Pengarah dan Pegawai Suruhanjaya Koperasi Wilayah Persekutuan, semua ahli daripada CIDB, CIDB Holdings Sdn Bhd, Akademi Binaan Malaysia, CREAM, CIDB E-Construct, CLAB dan semua pihak diatas sokongan dan sumbangan yang telah diberikan kepada KoCIDB selama ini. Semoga hubungan yang erat serta sokongan yang berterusan daripada semua pihak akan memantapkan lagi kejayaan KoCIDB.

Anggota Lembaga Koperasi juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak pengurusan dan warga kerja KoCIDB yang telah memberikan perkhidmatan penuh komitmen dan berdedikasi untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Semoga prestasi yang baik ini dapat diteruskan dan dipertingkatkan untuk kejayaan KoCIDB di masa akan datang

Lain-Lain Perkhidmatan Kami

Selain dari perkhidmatan yang telah dinyatakan di atas. KOCIDB telah mempunyai berbagai perkhidmatan untuk pelangan yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan kami.

01. Pembiayaan (Ahli Sahaja)

Pembiayaan yang ditawarkan oleh KoCIDB adalah Kewangan, Barangan, Pelancongan & Umrah, Perayaan, Modal Syer dan Ihsan. Bisnes ini merupakan antara penyumbang utama pendapatan KoCIDB.

02. Kursus Latihan Kad Hijau CIDB

KoCIDB merupakan penyedia latihan kad hijau yang berdaftar dengan CIDB. Kursus Kad Hijau adalah kursus induksi keselamatan untuk personel binaan bagi meningkatkan tahap keselamatan di tapak binaan.

03. Travel Agent / Umrah

Kami menawarkan perkhidmatan travel agent / ejen pelancongan untuk individu dan korporat. Kami bekerjasama dengan syarikat-syarikat pelancongan yang terkemuka di Malaysia yang mempunyai pengalaman lebih dari 35 tahun dalam pelancongan. Hubungi kami untuk lokasi yang ditawarkan

Hubungi Kami untuk keperluan bisnes anda. Hire Us !!

Berikut adalah senarai pelangan KoCIDB yang terdiri dari beberapa organisasi termasuk Jabatan Kerajaan dan Swasta

Berita Terbaru

Berikut adalah beberapa berita terbaru dari kami.

  • Lelongan Barang Kemas : 23 JANUARI – 26 JANUARI 2024

    ·

    Lelongan Barang Kemas : 23 JANUARI – 26 JANUARI 2024

    Bermula Hari ini 23 JANUARI 2024 (SELASA) SEHINGGA 26 JANUARI 2024 (JUMAAT) akan berlangsung lelongan awam di premis Ar-Rahnu X’Change Bukit Beruntung💍💍💍💍

    Kami sertakan barang kemas yang di lelong di Ar-Rahnu X’Change Bukit Beruntung.

    Jom beramai-ramai rebut peluang untuk mendapatkan barangan kemas pada harga rezab (Potongan 10% daripada harga semasa gadaian)

    Kunjungi premis kami dialamat 👇

    NO.5 JALAN ADENIUM 2G/7,

    PUSAT PERNIAGAAN ADENIUM,

    BANDAR BUKIT BERUNTUNG,

    48300 RAWANG SELANGOR.

  • Harga Emas

    ·

    Harga Emas
  • kempen “GADAI & MENANG 2023” Ar-Rahnu X’Change Bukit Beruntung kembali lagi.

    ·

    kempen “GADAI & MENANG 2023” Ar-Rahnu X’Change Bukit Beruntung kembali lagi.

    Semua pelanggan kami yang membuat gadaian minimum RM2,000 sehingga 31 Disember 2023 layak menyertai kempen “Gadai & Menang 2023” .😍

    Jangan lepaskan peluang anda untuk menyertai tawaran HEBAT kami🙌

    Terus LIKE 👍 dan FOLLOW page Ar-Rahnu X’Change Bukit Beruntung untuk mengetahui harga emas semasa kami dan mendapat tawaran yang lebih menarik.

    Anda juga boleh mengunjungi premis kami di:

    NO.5 JALAN ADENIUM 2G/7,

    PUSAT PERNIAGAAN ADENIUM,

    BANDAR BUKIT BERUNTUNG,

    48300 RAWANG SELANGOR.

    Atau Hubungi kami :

    ☎️ 03- 6021 6814

    📲 013-674 8107