Ar- Rahnu Bkt. Beruntung

AR – RAHNU

 

Ar-Rahnu X’Change KoCIDB telah mula beroperasi pada 09 Januari 2017.

 

Ar-Rahnu X’Change ini adalah skim pajak gadai Islam yang dimiliki dan diuruskan sendiri oleh KoCIDB melalui konsep francais di mana KoCIDB sebagai francaisi dan Rakyat Management Servces Sdn Bhd sebagai francaisor. Ar-Rahnu X’Change KoCIDB ini menyediakan kemudahan kredit kewangan melalui konsep emas untuk tunai atau gold for gold.

 

Perkhidmatan kemudahan kredit ini terbuka bukan sahaja kepada ahli-ahli KoCIDB tetapi juga terbuka kepada orang ramai yang memerlukan perkhidmatan tersebut. Walau bagaimana pun ahli-ahli KoCIDB perlu memainkan peranan yang lebih dengan memberi penerangan atau mewar-warkan perkhidmatan Ar-Rahnu X’Change KoCIDB ini kepada masyarakat umum.

 

Untuk maklumat lanjut, semua ahli boleh berhubung dengan pejabat Ar-Rahnu X’Change seperti berikut:-

 

 

Ar-Rahnu X’Change KoCIDB Waktu Pejabat

No. 5, Jalan Adenium 2G/7,

Pusat Perniagaan Adenium,

Bandar Bukit Beruntung,

43800 Rawang, Selangor.

 

 

Waktu Operasi

Isnin – Khamis :  9.00 pagi – 5.00 petang

Jumaat               :  9.00 pagi – 12.00 tengahari

2.30 petang – 5.00 petang

2,348 total views, 0 views today

Social Widgets powered by AB-WebLog.com.