Penghargaan

KATA-KATA ALUAN PENAUNG KoCIDB

Dato' IR Asri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Syabas saya ucapkan kepada barisan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) dan Pengurusan KoCIDB yang begitu aktif dalam mengurus dan mengendalikan KoCIDB sehingga berjaya menghasilkan pulangan yang membanggakan kepada anggota. Saya percaya KoCIDB akan terus maju kehadapan sejajar dengan usaha berterusan yang dilakukan dalam merebut peluang perniagaan yang boleh mendatangkan pendapatan yang baik kepada KoCIDB.

Aktiviti- aktiviti serta pulangan yang diperolehi oleh KoCIDB ini adalah selaras dengan peranannya sebagai sebuah entiti yang menjalankan aktiviti perniagaan untuk menjana pendapatan yang kemudiannya disalurkan kepada anggota dalam bentuk dividen, sumbangan kebajikan ataupun kemudahan-kemudahan lain seperti pinjaman dan sebagainya.

Akhir sekali saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua yang terlibat dalam menjadikan KoCIDB sebuah koperasi yang aktif dan berdaya saing dalam menempuh cabaran dunia perniagaan yang semakin mencabar ini.

 

Sekian, terima kasih.

(DATO’ IR. AHMAD ‘ASRI BIN ABDUL HAMID)

KETUA EKSEKUTIF CIDB

 

 

 

 

 

 

Anggota Lembaga Koperasi ingin mengambil kesempatan ini untuk merakam penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Ketua Eksekutif CIDB, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Pengarah dan Pegawai Suruhanjaya Koperasi Wilayah Persekutuan, semua ahli daripada CIDB, CIDB Holding Sdn Bhd, Akademi Binaan Malaysia, CREAM, CIDB E-Construct dan semua pihak diatas sokongan dan sumbangan yang telah diberikan kepada KoCIDB selama ini. Semoga hubungan yang erat serta sokongan yang berterusan daripada semua pihak akan memantapkan lagi kejayaan KoCIDB.

Anggota Lembaga Koperasi juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak pengurusan dan warga kerja KoCIDB yang telah memberikan perkhidmatan penuh komitmen dan berdedikasi untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Semoga prestasi yang baik ini dapat diteruskan dan dipertingkatkan untuk kejayaan KoCIDB di masa akan datang.

3,793 total views, 10 views today

Add a Comment

Your email address will not be published.

Social Widgets powered by AB-WebLog.com.