Ar-Rahnu Danau Kota

ar-rahnu-pajak-gadai-islam-di-malaysia copy3

 

AR – RAHNU

 

Ar-Rahnu X’Change KoCIDB telah mula beroperasi pada 22 Julai 2011 dan operasi hari pertamanya telah dirasmikan oleh Y.Bhg Datuk Ir. Hamzah Hasan, Pengerusi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia.

 

Ar-Rahnu X’Change ini adalah skim pajak gadai Islam yang dimiliki dan diuruskan sendiri oleh KoCIDB melalui konsep francais di mana KoCIDB sebagai francaisi dan Rakyat Management Servces Sdn Bhd sebagai francaisor. Ar-Rahnu X’Change KoCIDB ini menyediakan kemudahan kredit kewangan melalui konsep emas untuk tunai atau gold for gold.

 

Perkhidmatan kemudahan kredit ini terbuka bukan sahaja kepada ahli-ahli KoCIDB tetapi juga terbuka kepada orang ramai yang memerlukan perkhidmatan tersebut. Walau bagaimana pun ahli-ahli KoCIDB perlu memainkan peranan yang lebih dengan memberi penerangan atau mewar-warkan perkhidmatan Ar-Rahnu X’Change KoCIDB ini kepada masyarakat umum.

 

Ar-Rahnu X’Change ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan di jangka bisnes ini akan bertambah rancak lagi pada separuh pertama tahun 2012 ini. Percayalah dengan sokongan dan berkat doa ahli-ahli KoCIDB, bisnes ini akan bertambah meningkat dan mampu memberi pulangan yang baik kepada ahli-ahlinya. Untuk maklumat lanjut, semua ahli boleh berhubung dengan pejabat Ar-Rahnu X’Change seperti berikut:-

 

 

Ar-Rahnu X’Change KoCIDB Waktu Pejabat

22.0, Tingkat Bawah, Platinum Walk

No.2, Jalan Langkawi, Setapak

53300 KUALA LUMPUR.

Tel. 03-41436901

 

Waktu Operasi

Isnin – Khamis :  9.00 pagi – 5.00 petang

Jumaat               :  9.00 pagi – 12.00 tengahari

2.30 petang – 5.00 petang

Sabtu                  :  9.00 pagi – 3.00 petang

Layari facebook Ar Rahnu untuk lebih lanjut

Facebook: https://www.facebook.com/ArRahnuXchangeDanauKota/?fref=ts

 

 

 

arrahnu11-07-2

 

 

arrahnu11-07-3

 

 

ar-rahnu-kini-5

 

 

arrahnu-11-7-6

 

 

 

ar-rahnu-kini

 

 

 

Kami disini!
Kami disini!

3,051 total views, 7 views today

Add a Comment

Your email address will not be published.

Social Widgets powered by AB-WebLog.com.